Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
Antara keistimewaan lain menurut penduduk setempat air di Perigi Hang Tuah tidak pernah kering meskipun berlaku musim kemarau.
Malah ketika krisis air melanda Melaka pada 1991, perigi berkenaan tetap mempunyai air yang mencukupi malah tidak terjejas langsung
Perigi Hang Tuah ini terletak di Kampung Jambatan Duyung
Melaka. Jika dibandingkan kawasan
sekitar Perigi Hang Tuah ini dahulu, keadaan sekarang jauh berbeza dan lebih
baik apabila kerajaan Melaka mula mengambil tindakan serius dan proaktif bagi
memelihara dan menceriakan semula kawasan di sekitar tempat sejarah ini.
0 Comments