River Cruise Melaka
Pemandangan menarik di waktu malam
River Cruise Melaka merupakan antara tempat menarik di Melaka yang sering menjadi tumpuan pelancong. Dianggarkan lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun. River Cuise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah, Pangkalan Rama hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. 

Bot akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Pengunjung lebih gemar untuk menaiki bot pada waktu malam kerana pemandangan sepanjang perjalanan begitu menarik dengan lampu-lampu yang berwarna warni menghiasi sepanjang perjalanan.

tempat menarik di Melaka
Menaiki River Cruise, Melaka
Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai menambahkan lagi keseronokan perjalanan.  Dengan usaha-usaha yang berterusan dari Kerajaan Negeri Melaka, kini Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.